Thursday, 20 December 2012

Modul : 4.1.5 Elemen Multimedia



Kandungan
Topik              :           4.0        Multimedia
Subtopik         :           4.1       Konsep multimedia
4.1.5     Elemen Multimedia
a.       5 elemen multimedia 
b.      Definisi. Kategori, format fail, panduan dan kepentingan penggunaan teks dalam multimedia. 
c.       Definisi. jenis, format fail, perisian-perisian, panduan dan kepentingan penggunaan grafik dalam multimedia 
d.      Definisi. jenis, format fail, perisian-perisian, panduan dan kepentingan penggunaan animasi dalam multimedia. 
e.       Definisi. jenis, format fail, dan kepentingan penggunaan audio dalam multimedia. 
f.       Definisi. jenis, format fail, dan kepentingan penggunaan video dalam multimedia.



Hasil Pembelajaran   :
1.      Mengenalpasti kategori-kategori elemen multimedia.
2.    Mengenalpasti elemen multimedia yang terdapat dalam setiap kategori
2.   Mengenalpasti takrifan, jenis, format fail, perisian, panduan dan kepentingan pengunaan teks, grafik, animasi, audio dan video dalam multimedia.

Pengetahuan dan Kemahiran         
  •  Apa  itu elemen multimedia? 
  •  Apa jenis – jenis elemen multimedia ? 
  •  Apa takrifan, jenis, format fail, perisian, panduan dan kepentingan pengunaan teks, grafik, animasi, audio dan video dalam multimedia?

Masa               :           2  masa / 1Jam 20 Minit

4.1.5   ELEMEN MULTIMEDIA 

Dalam aplikasi multimedia, elemen-elemen multimedia terahagikan kepada dua:

a) Objek Statik

  • Objek yang tidak boleh bergerak dalam aplikasi multimedia. 
  •  Elemen Multimedia – Teks dan Grafik


b) Objek Dinamik
  • Objek yang boleh bergerak atau objek yang berubah dalam aplikasi multimedia. 
  •  Elemen Multimedia – Audio, Animasi dan Video


OBJEK STATIK 
A) TEKS








Panduan Menggunakan Teks dalam Multimedia
  • Pastikan teks yang digunakan boleh dibaca. 
  •  Pemilihan warna teks yang bersesuaian. 
  •  Pemilihan stail teks yang bersesuaian. 
  •  Gunakan teks yang ringkas tetapi padat. 
  •  Awasi kuantiti teks pada paparan
Format file teks





B) GRAFIK

Apa itu grafik?


  • Grafik ialah persembahan  imej atau paparan visual yang tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi carta dan lain-lain. 
  • Grafik membuat aplikasi multimedia yang menarik. 
  • Ia membantu untuk menggambarkan dan menterjemahkan idea-idea melalui gambar.Terdapat dua jenis grafik yang digunakan: bitmap (grafik cat) dan vektor (cabutan grafik).



 Perbezaan Bitmap dan Vector




Panduan Menggunakan Grafik dalam Multimedia
  • Pilih grafik yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran.
  • Pilih grafik yang tidak menyentuh sensitiviti kaum atau agama.
  • Gunakan spesifikasi grafik yang boleh digunakan tanpa memberi masalah kepada keupayaan sistem yang rendah.

Kepentingan Penggunaan Grafik dalam Produk Multimedia

Didalam produk multimedia, grafik digunakan sebagai :
  • Penyampai maklumat
  • Latarbelakang bagi sesuatu aplikasi
  •  Alat kawalan dalam aplikasi
Format File Grafik


 2. OBJEK DINAMIK

C) ANIMASI

  • Animasi merujuk kepada paparan visual yang bersifat dinamik.
  • Ia juga merupakan sesuatu proses yang menjadikan objek kelihatan hidup atau gambaran yang bergerak tetapi pada asalnya ia bersifat statik.
  • Animasi mampu menzahirkan sesuatu fantasi manusia ke alam realiti.







Animasi digital dikategorikan kepada dua :







Peranan Animasi
  • Ia juga suatu proses menjadikan objek kelihatan hidup atau gambaran bergerak.
  • Animasi mampu menzahirkan sesuatu fantasi manusia ke alam realiti.
  • Boleh menerangkan sesuatu fantasi yang sukar.
  • Dapat menceriakan proses penyampaian. sesuatu yang disampaikan kelihatan lebih hidup dan realistik berbanding menggunakan teks.
Kepentingan Animasi
  • Menceriakan persembahan sesuatu maklumat.
  • Membantu di dalam menerangkan suatu konsep yang kompleks dengan mudah.
  • Mampu menarik perhatian pengguna.
Format File Animasi

 
D) Audio



Kepentingan Audio


  • Membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan dan mantap melalui penggunaan suara latar. 
  •  Dapat meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan dan berupaya meningkatkan daya tumpuan terhadap isi persembahan. Kualiti bunyi bergantung kepada frequency – hertz (hz) dan loudness – decibel (Db). 
  • Mampu meningkatkan motivasi di kalangan para pengguna agar lebih berminat untuk mengikuti sesuatu penyampaian maklumat. 
  • Mampu menimbulkan suasana yang menarik agar dapat menghasilkan tumpuan yang lebih terhadap apa yang ingin dipersembahkan.

 Format File Audio


E) VIDEO


Kepentingan Penggunaan Video
  • Maklumat lebih realistik
  • mampu meransang pelbagai deria
  • Memudahkan proses pengulangan

Format File Video





Latihan Pengukuhan Elemen Multimedia 1

1. Nyatakan DUA kepentingan elemen multimedia dalam ruangan yang disediakan.

Elemen

Kepentingan
1. Teks

a.

b.

2. Audio
a.

b.






2) Nyatakan perkara yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan teks dalam multimedia?

    a)
    b)

3) Apakah yang dimaksudkan dengan grafik? Beri dua jenis contoh gdafik.



Latihan pengukuhan Multimedia 2



 


No comments:

Post a Comment