Saturday 22 December 2012

RPH 4.2.2 Perisian Penyuntingan


Berikut merupakan RPH bagi 80 minit (2 waktu).
RPH tersebut dibahagikan kepada dua objektif maka dua RPH yang bersinambungan dihasilkan.

RPH 1:


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
MATA PELAJARAN: TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

TINGKATAN:
TARIKH:

TOPIK:
4 GEMILANG
10 DECEMBER 2012

4.0 MULTIMEDIA
   4.2 Perkakasan dan Perisian
      4.2.2 Perisian Penyuntingan
TEMPAT:
MASA:
BK5, N24
11.20 am-12.40 (80 minit)

HASIL PEMBELAJARAN:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran (P&P) ini, pelajar dapat:
1.     Menyenaraikan perisian penyuntingan yang boleh digunakan untuk menghasilkan elemen-elemen Multimedia dengan betul:
·          Penyunting Teks
·          Penyunting Grafik dan Imej
·          Penyunting Audio
·          Penyunting Video dan Animasi
2.     Menerangkan fungsi bagi keempat-empat perisian penyuntingan dengan jelas dan tepat.

BAHAN BANTU MENGAJAR:
a.     Bahan untuk set induksi: slaid persembahan tajuk ‘Elemen Multimedia’ dan video multimedia
b.     Bahan untuk sesi P & P: slaid persembahan tajuk ‘Perisian Penyuntingan’
c.     Bahan untuk aktiviti:
Aktiviti 1: Latihan individu tajuk ‘Perisian Penyuntingan’
PENGETAHUAN SEDIA ADA:
1.        Pelajar telah mengetahui jenis-jenis perkakasan untuk penghasilan produk multimedia
2.        Pelajar dapat menyatakan fungsi bagi setiap jenis perkakasan tersebut dengan tepat.



PELAKSANAAN PENGAJARAN
Isi kandungan
Pengetahuan/Kemahiran yang perlu dikuasai 
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Pengenalan

Set induksi:















Pelajar dapat mengaitkan set induksi dengan topik yang akan dipelajari.


1.        Guru menunjukkan contoh kepada pelajar elemen-elemen multimedia:
·          Gambar
·          Lirik lagu
·          Video
·          Animasi
·          Lagu
2.        Guru menunjukkan sebuah hasil yang terbentuk daripada gabungan kesemua elemen multimedia yang telah dinyatakan tadi.
3.        Pelajar ditanya bagaimana hasil multimedia tadi dihasilkan.
4.        Guru mengaitkan jawapan pelajar dengan topik pembelajaran pada hari ini.


Masa:
6 minit


BBM:
·    Slaid persembahan tajuk ‘Elemen Multimedia’
    (rujuk lampiran 1)


Nilai murni:
Rasional







4.2 Perkakasan dan Perisian
   4.2.2 Perisian penyuntingan
      4.2.2.1 Mengenalpasti perisian penyuntingan yang digunakan bagi menghasilkan elemen-elemen multimedia:
·    Penyunting teks
·    Penyunting grafik dan imej
·    Penyunting audio
·    Penyunting video dan animasi


1.     Pelajar dapat mengenalpasti sekurang-kurangnya tiga (3) jenis perisian untuk tujuan penyuntingan produk multimedia.
Aktiviti 1:

1.     Guru menayangkan persembahan slaid tentang topik pembelajaran pada hari ini.
2.     Pelajar secara rawak dipilih untuk menyebut dengan jelas kesemua perisian penyuntingan yang terdapat pada slaid persembahan.
3.     Dengan berpandukan BBM, guru menerangkan dengan lebih lanjut tentang setiap jenis perisian penyuntingan dan fungsinya.
4.     Pelajar memberi tumpuan kepada penjelasan guru.
5.      Beberapa orang pelajar (dipilih secara rawak dan sukarela) diminta menyebut semula fungsi setiap perisian penyuntingan yang telah dipelajari.



Masa:
15 minit


BBM:
Persembahan slaid tajuk ‘Perisian Penyuntingan‘
(rujuk Modul lampiran 2)


1.     Pelajar dapat membuat latihan yang diberikan dengan betul berdasarkan sesi pembelajaran tadi.
Aktiviti 2:
1.     Guru memberi latihan secara individu bagi tajuk yang telah dipelajari.
2.     Pelajar dikehendaki menyiapkan latihan berdasarkan pangajaran pada hari ini.
3.      Guru dan pelajar menyemak bersama-sama latihan tersebut.

Masa:
10 minit

Bahan aktiviti:
Latihan individu tajuk ‘Perisian Penyuntingan’
(rujuk Modul lampiran 3)




Penutup:
1.        Beberapa orang pelajar (secara sukarela dan rawak) diminta untuk merumuskan isi pelajaran pada hari ini.
2.        Guru membuat kesimpulan tentang isi pelajaran pada hari ini.
Masa:
4 minit
Tugasan:
1.     Guru memberi tugasan berdasarkan topik pelajaran pada hari ini bagi masa yang kedua berikutnya.


Refleksi Kendiri:





Catatan/Tugas-tugas lain:
Masa
Aktiviti
Pengesahan







RPH 2:

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
MATA PELAJARAN: TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

TINGKATAN:
TARIKH:

TOPIK:
4 GEMILANG
10 DECEMBER 2012

4.0 MULTIMEDIA
   4.2 Perkakasan dan Perisian
      4.2.2 Perisian Penyuntingan
TEMPAT:
MASA:
BK5, N24
11.20 am-12.40 (80 minit)

HASIL PEMBELAJARAN:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran (P&P) ini, pelajar dapat:
1.     Menerangkan fungsi bagi perisian penyuntingan dengan jelas dan tepat:
·         Penyunting Teks
·         Penyunting Grafik dan Imej
·         Penyunting Audio
·         Penyunting Video dan Animasi
BAHAN BANTU MENGAJAR:
a.     Bahan untuk sesi P & P: slaid persembahan tajuk ‘Perisian Penyuntingan’
b.     Bahan untuk aktiviti:
Aktiviti 2: Kad manila, keratan akhbar, keratan perkataan dan gambar print screen perisian penyuntingan
PENGETAHUAN SEDIA ADA:
1.        Pelajar telah mengetahui jenis-jenis perkakasan untuk penghasilan produk multimedia
2.        Pelajar dapat menyatakan fungsi bagi setiap jenis perkakasan tersebut dengan tepat.
PELAKSANAAN PENGAJARAN
Isi kandungan
Pengetahuan/Kemahiran yang perlu dikuasai 
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Pengenalan

Set induksi:















Pelajar dapat mengaitkan set induksi dengan topik yang akan dipelajari.


1.        Guru bertanya kepada pelajar tentang perisian penyuntingan yang telah dipelajari pada hari ini.
2.        Pelajar memberi maklum balas pertanyaan guru.
3.        Pelajar (secara rawak) ditanya tentang fungsi setiap perisian tersebut.
4.        Pelajar menjawab pertanyaan guru.
5.        Guru meneruskan aktiviti bagi tajuk pengajaran pada hari ini


Masa:
4 minit


BBM:
·   Slaid persembahan tajuk ‘Perisian Penyuntingan’
    (rujuk lampiran 1)


Nilai murni:
Rasional

4.2 Perkakasan dan Perisian
   4.2.2 Perisian penyuntingan
      4.2.2.1 Mengenalpasti perisian penyuntingan yang digunakan bagi menghasilkan elemen-elemen multimedia:
·   Penyunting teks
·   Penyunting grafik dan imej
·   Penyunting audio
·   Penyunting video dan animasi


1.     Pelajar dapat bekerjasama dengan rakan yang lain bagi menyiapkan kerja berkumpulan berdasarkan topik pengajaran pada hari ini.
Aktiviti 1:

1.    Guru memberi arahan agar pelajar dibahagikan kepada 5-6 orang dalam satu kumpulan.
2.    Guru mengedarkan setiap kumpulan dengan bahan;
·      Kad manila
·      Keratan akhbar
·      Gambar print screen perisian penyuntingan
·      Keratan perkataan
3.    Setiap kumpulan diperuntukkan masa 15 minit bagi menyiapkan tugasan tersebut.
4.    Hasil kerja kumpulan tersebut akan dipamerkan di hadapan kelas.
5.    Wakil bagi setiap kumpulan akan menerangkan hasil kerja kumpulan masing-masing.
1.     Guru akan membantu pelajar sekiranya penerangan pelajar adalah kurang tepat.



Masa:
20 minit


Bahan aktiviti:
Kad manila
Keratan akhbar
Keratan perkataan
Gambar print screen perisian penyuntingan



1.      Pelajar dapat menghasilkan peta minda bagi tajuk yang telah dipelajari pada hari ini.
Aktiviti 3:
1.    Guru meminta pelajar secara individu agar menghasilkan peta minda bagi tajuk pengajaran pada hari ini.
2.    Pelajar boleh merujuk semula hasil kerja kumpulan yang telah dihasilkan  tadi bagi penghasilan peta minda.
3.    Guru membantu pelajar sekiranya terdapat kemusykilan dalam aktiviti ini.

Masa:
12 minit
Penutup:
1.     Beberapa orang pelajar (secara sukarela dan rawak) diminta untuk merumuskan isi pelajaran pada hari ini.
2.     Guru membuat kesimpulan tentang isi pelajaran pada hari ini.
Masa:
3 minit
Tugasan:
1.     Guru meminta pelajar membaca tajuk seterusnya bagi pembelajaran pada minggu hadapan.


Refleksi Kendiri:





Catatan/Tugas-tugas lain:
Masa
Aktiviti
Pengesahan









No comments:

Post a Comment