Saturday 22 December 2012

RPH 4.2.1 Perkakasan


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
MATA PELAJARAN: TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

TINGKATAN  :
TARIKH         :

TOPIK           :
4 GEMILANG
10 DECEMBER 2012

4.0 MULTIMEDIA
   4.2. Perkakasan dan Perisian
      4.2.1 Perkakasan
TEMPAT  :
MASA      :
BK5, N24
11.20 am-12.00 (40 minit)

HASIL PEMBELAJARAN:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran (P&P) ini, pelajar dapat:
1.    Menyenaraikan perkakasan yang digunakan untuk menghasilkan produk multimedia dengan betul.
2.    Menerangkan fungsi setiap perkakasan tersebut dengan jelas.

BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM):
a.       Bahan untuk set induksi: Kad imbasan yang mengandungi gambar pengimbas, video kamera, kamera, peranti audio dan peranti        penangkapan audio
b.       Bahan untuk sesi P & P: Slaid persembahan tajuk ‘Perkakasan’
c.        Bahan untuk aktiviti: kertas mahjong, kad imbasan (seperti bahan untuk set induksi)
PENGETAHUAN SEDIA ADA:
a.       Pelajar telah mempelajari definisi multimedia.
b.       Pelajar telah mengetahui elemen-elemen dalam multimedia

PELAKSANAAN PENGAJARAN
Isi kandungan
Pengetahuan/Kemahiran yang perlu dikuasai 
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Pengenalan:

Set induksi


Pelajar dapat mengaitkan set induksi dengan pelajaran pada hari ini.


1.    Guru menunjukkan beberapa kad imbasan yang mengandungi gambar:
·      Pengimbas
·      Video kamera
·      Kamera
·      Peranti audio
·      Peranti penangkapan audio
2.    Pelajar menjawab soalan guru.
3.    Guru meminta pelajar mengaitkan gambar dalam kad imbasan tadi dengan tajuk pengajaran pada hari ini.
4.    Pelajar memberi maklum balas dengan menerbitkan kata kunci tajuk pengajaran pada hari ini.


Masa:
5 minit


BBM:
Kad imbasan
(rujuk Modul lampiran 1)

Nilai murni;
Rasional

4.2 Perkakasan dan Perisian
  4.2.1 Perkakasan
     4.2.1.1 Mengenalpasti perkakasan yang digunakan untuk menghasilkan produk multimedia:
·    Pengimbas
·    Video kamera
·    Kamera
·    Peranti audio
·    Peranti penangkapan video







1.     Pelajar dapat menyatakan sekurang-kurangnya tiga (3) jenis perkakasan yang digunakan untuk menghasilkan produk multimedia dengan betul.










2.     Pelajar dapat menerangkan fungsi sekurang-kurangnya 3 jenis perkakasan dengan tepat dan betul.


1.     Pelajar ditanya tentang perkakasan yang pernah mereka guna atau lihat bagi penghasilan produk multimedia.
2.     Pelajar memberi maklum balas pertanyaan guru.
3.     Guru menunjukkan slaid atau objek perkakasan tersebut.
4.     Pelajar memberi tumpuan kepada slaid atau objek yang ditunjukkan.
5.     Guru menyatakan dengan jelas lima jenis perkakasan yang akan dipelajari pada hari ini berpandukan slaid.
6.     Aktiviti 1:
-   Guru membahagikan pelajar kepada 5 kumpulan kecil.
-   Guru menerangkan peraturan bagi aktiviti tersebut.
-   Setiap kumpulan akan mempunyai maklumat tentang satu (1) jenis perkakasan yang berlainan.
-   Ahli setiap kumpulan dikehendaki berbincang tentang fungsi-fungsi perkakasan yang mereka perolehi.
-    Wakil kumpulan akan menerangkan fungsi perkakasan tersebut kepada pelajar yang lain.
-   Guru mengulas tentang pembentangan yang telah dilaksanakan oleh setiap kumpulan.


Masa:
25 minit

BBM:
-   Slaid yang bertajuk ‘Perkakasan’
(rujuk Modul lampiran 2)



Bahan aktiviti:
-   Kertas mahjong
-   Pen marker
-   Gambar perkakasan (rujuk Modul lampiran 1)


Nilai murni:
-   Saling membantu dan bekerjasama
-   Hormat-menghormati
-   Amanah
-   Bertanggungjawab












Penutup:
1.     Beberapa orang pelajar (secara sukarela) diminta untuk merumuskan pelajaran pada hari ini.
2.     Pelajar merumuskan hasil pembelajaran secara ringkas.
3.     Guru merumuskan semula pembelajaran pada hari ini.
Masa:
5 minit
Tugasan:
1.     Pelajar diminta agar menghasilkan peta minda bagi tajuk yang telah dibincangkan pada hari ini.

Masa:
2 minit
Refleksi Kendiri:




Catatan/Tugas-tugas Lain:
Masa
Aktiviti
Pengesahan







No comments:

Post a Comment