Thursday 20 December 2012

Modul : 4.2.1 Perkakasan


4.2.1 Perkakasan

Tingkatan                      :
5
Tajuk                             :
4.0 MULTIMEDIA
Topik                            :
4.2 Perkakasan dan Perisian
   4.2.1 Perkakasan
Masa                              :
1 waktu (40 minit)
Objektif pembelajaran    :
Pelajar dapat menyenaraikan perkakasan dan fungsinya untuk penghasilan produk Multimedia.
Hasil pembelajaran         :
Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) ini, pelajar dapat:
ü  Menyenaraikan perkakasan yang digunakan untuk menghasilkan produk multimedia dengan betul.
ü  Menerangkan fungsi setiap perkakasan tersebut dengan jelas.

Perkakasan atau peranti merujuk kepada keseluruhan peralatan fizikal yang terdapat pada sebuah komputer. Manakala, perisian menyediakan arahan kepada perkakasan untuk melaksanakan kerja komputer. Dalam membangunkan sesebuah program multimedia, kita perlu menggabungkani 5 elemen asas multimedia iaitu teks, audio, video, grafik, dan animasi dengan menggunakan perkakasan. 


Rajah 1: Elemen Multimedia
Rajah 2: Perisian Penyuntingan


4.2.1        PERKAKASAN UNTUK MEMBANGUNKAN MULTIMEDIA

Pembangunan multimedia melibatkan penggunaan peranti input dan peranti output. Perkakasan peranti output melibatkan komputer denganperkakasan tambahan seperti kad bunyi, pembesar suara, dan pemacu cakera padat bagi mengeluarkan kesan bunyi.


Rajah 3: Perkakasan Peranti Output




Perkakasan peranti input yang biasa digunakan ialah pengimbas, kamera video, kamera untuk gambar pegun, peranti audio dan peranti penangkapan video. Setiap perkakasan mempunyai fungsi dan ciri-cirinya. Penguna harus mengetahui cara  menggunakan perkakasan ini dan fungsi setiap jenis perkakasan tersebut. Hal ini demikian kerana, pengguna boleh mengintegrasikan elemen-elemen Multimedia bagi menghasilkan produk Multimedia.


Rajah 4: Perkakasan Multimedia


1
Pengimbas
·    Pengimbas merupakan peranti input yang digunakan untuk menukarkan data dalam bentuk teks, lukisan dan gambar ke dalam bentuk digital yang boleh difahami oleh komputer. Pada dasarnya, terdapat empat jenis pengimbas yang mempunyai cara yang berbeza untuk menggunakannya iaitu pengimbas mendatar, pengimbas disuap kertas, pengimbas pegang tangan, dan pengimbas 3D.


Rajah 5: Jenis-jenis Pengimbas

2
Video kamera
·    Kamera video ialah sejenis kamera yang digunakan untuk merakam imej bergerak secara elektronik. Ia bermula dari industri penyiaran namun sekarang digunakan secara meluas dalam bidang-bidang lain. Terdapat dua jenis kamera video iaitu kamera video analog dan kamera video digital (DV). Webcam juga merupakan kamera video yang sering digunakan pada hari ini.


Rajah 6: Jenis-jenis kamera video

3
Kamera
·    Kamera biasa: Imej ditangkap pada gegelung filem.
·    Kamera digital: Imej akan ditangkap dan disimpan di dalam kad media (memory card).
·    Kelebihan menggunakan kamera digital: Imej yang ditangkap boleh digunakan secara langsung dalam computer, menjimatkan kos kerana kita tidak perlu membeli filem-filem dan boleh menyimpan atau memadam gambar dalam kad memori.


Rajah 7: Kamera

4
Peranti audio
·    Peranti audio diperlukan untuk merakam bunyi analog dan menukarnya menjadi bunyi digital.
·    Contoh peranti yang digunakan untuk merakam suara atau audio ialah mikrofon, kad bunyi dan pensintesis suara.


Rajah 8: Peranti audio

5
Peranti penangkapan audio
·    menghubungkan alat perakam video kepada komputer bagi membolehkan video yang diambil digunakan di dalam komputer.
·    USB port dapat digunakan untuk memindahkan video dari kamera video ke komputer.
·    Peranti penangkapan video membantu untuk menukarkan video analog kepada video digital.
·    memindahkan video digital ke komputer supaya data boleh disunting atau disimpan.
Rajah 9: Peranti Penangkapan Audio

LAMPIRAN 1: KAD IMBASAN
Lampiran 2: Slaid tajuk Perkakasan
Aktiviti 4.2.1 Perkakasan
Soalan 1:
RAJAH 1: Perkakasan
Rajesh ingin menghasilkan sebuah produk Multimedia. Perkakasan yang diperlukan untuk tujuan demikian adalah seperti yang ditunjukkan di atas.
Namakan perkakasan tersebut dan fungsinya bagi penghasilan produk Multimedia.
1.        ________________________________________________________________________
2.        ________________________________________________________________________
3.        ________________________________________________________________________
4.        ________________________________________________________________________

Soalan 2:
Terdapat beberapa jenis pengimbas yang sering digunakan. Nyatakan jenis-jenis dan ciri-ciri yang terdapat pada setiap jenis pengimbas tersebut.







No comments:

Post a Comment