Thursday, 20 December 2012

Modul : 4.2.2 Perisian Penyuntingan


4.2.2 Perisian penyuntingan

Tingkatan                      :
5
Tajuk                             :
4.0 MULTIMEDIA
Topik                             :
4.2 Perkakasan dan Perisian
   4.2.2 Perisian Penyuntingan
Masa                              :
2 waktu (80 minit)
Objektif pembelajaran   :
Pelajar dapat menyenaraikan perisian penyuntingan dan fungsinya untuk penghasilan produk Multimedia:
·    Penyunting Teks
·    Penyunting Grafik dan Imej
·    Penyunting Audio
·    Penyunting Video dan Animasi
Hasil pembelajaran       :
Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) ini, pelajar dapat:
·    Menyenaraikan perisian penyuntingan yang digunakan untuk menghasilkan produk multimedia dengan betul.
·    Menerangkan fungsi setiap perisian penyuntingan tersebut dengan jelas.

4.2.2 Perisian Penyuntingan

Perisian penyuntingan yang khas diperlukan untuk menyunting elemen-elemen multimedia. Kesemua elemen multimedia ini dihasilkan oleh perisian-perisian yang berbeza. Terdapat beberapa jenis perisian yang biasa digunakan. 

Perisian penyuntingan
Keterangan
Teks

Terdapat dalam pakej pembangunan perisian yang digunakan untuk menyunting sistem pengendalian dan tatarajah perisian penggunaan dan kod sumber bahasa pengaturcaraan.
·   Kegunaan: menyunting teks biasa.
·   Contoh: Notepad (Microsoft Windows), TextPad, WorldText(Mac OS Apple Macintosh)
Grafik

Kegunaan:
·   menghasilkan dan menyunting data media dalam bentuk grafik (teks atau imej), melukis atau menggambarkan objek tersebut.
·   Memperbaiki atau mengubah rupa grafik mengikut kesesuaian warna dan saiz.               
·   Contoh: Picasa
Audio

Kegunaan:
·   menyunting atau mengedit audio.
·   Memilih, memotong dan mencantumkan bahagian-bahagian data berbentuk audio.
·   Mengurangkan atau menambahkan kadar audio, kebisingan dalam rakaman, nada suara dan gema bunyi.
·   Contoh: Magix Music Maker
Video

Kegunaan:
·   Menyunting atau mengedit video.
·   Memilih, memotong dan mencantumkan bahagian-bahagian data mentah.
·   Memberikan kesan visual dan mengawal pencahayaan video.
·   Contoh: Super DVD Video Editor
Animasi

Kegunaan:
·   menghasilkan kesan khas seperti 2D dan 3D.
·   menambahkan pergerakan kepada grafik statik.
·   Contoh: Flash
Jadual 1: Perisian penyuntingan


Contoh-contoh perisian penyuntingan yang dapat digunakan untuk menghasilkan program multimedia adalah:

Perisian
Contoh
Fungsi
Penyunting Teks
Microsoft Word, Notepad, Wordpad, Open Office Writer
Menghasilkan, menformat, menyunting, menyimpan teks
Penyunting Grafik
Paint, Adobe Photoshop, CorelDraw, AutoCad, Freehand, Illustrator
Menghasil, melukis, mengimbas, menyunting imej dan gambar
Penyunting Audio
Sound Recorder, Media Player, SoundForge, SoundEdit 16, CoolEdit, WaveStudio
Menghasil, menyunting, merekod audio
Penyunting Video
Quicktime, Adobe Premiere, VideoShop, MediaStudio Pro, Pinnacle Studio
Menangkap, mendigitkan, menyunting video
Penyunting Animasi
Gif Animator, Autodesk Animator, Macromedia, Director, Flash, Asymmetrix 3DFX, Magic Morph
Menghasilkan animasi


Lampiran 1: Slaid tajuk Elemen Multimedia





Lampiran 2: Slaid tajuk Perisian Penyuntingan

Lampiran 3
Aktiviti 4.2.2 Perisian Penyuntingan

Sound Recorder
Macromedia Flash
Microsoft Paint
Sound Forge
Pinnacle Studio
Notepad
Asymmetrix 3DFX
Magic Morph

Fill in the Table 1 below with the given answers.

Type of editing software
Editing software
Text editor

Audio editor

Graphic editor

Video editor

Animation editor

Table 1





No comments:

Post a Comment